Wednesday, March 5, 2008

Mengapa Ramai Orang Melayu Tidak Menyokong Janji BN

ENSURED NO ONE LEFT BEHIND - "Tiada siapa yang akan ketinggalan "Janji BN"

Ramai kaum bumiputera yang sangat-sangat mengharapkan bantuan daripada kerajaan menuntut hak mereka kembali dan tidak mahu janji sahaja…pertanyaan mereka..

Mengapa mereka tidak mendapat faedah dari dasar DEB mahupun DPN. KEMBALIKAN HAK KAMI! Mereka masih menuntut hak mereka sehingga sekarang!

SPR: MENGAPA RAMAI ORANG MELAYU TIDAK BERDAFTAR

PROGRAM Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir Ogos 2007 yang lalu mendapati orang Melayu adalah yang tertinggi tidak mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan. Program tersebut menyasarkan 2.5 juta pemilih baru mendaftar bagaimanapun daripada 1.5 juta yang mendaftar sebahagian besarnya adalah bukan Melayu. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, secara keseluruhannya usaha itu gagal menarik kaum bumiputera dan orang Melayu untuk mendaftar sebagai pemilih.

Umno telah mengkhianati hak orang Melayu (bumiputera)

DASAR Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk orang Melayu. Tetapi orang Melayu sendiri yang mengkhianati DEB sehingga ia dianggap gagal. Itulah kesimpulan mudah yang boleh diambil daripada ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung UMNO ke56 (Tahun 2005)

Pemilikan ekuiti bumiputera kini ialah kira-kira 18 peratus dan bukan bumiputra 82 peratus. Rakyat menyokong DEB kerana percaya ia memberi pengagihan ekonomi yang seimbang dan menstabilkan negara.

Dasar Ekonomi Baru tak dilanjutkan (2006) digantikan dengan DPN (hak bersama).

Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak dilanjutkan, sebaliknya strategi dasar itu yang dipersetujui pemimpin semua kaum, diteruskan sebagai dasar ekonomi sekarang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan akan memberi fokus kepada usaha mengurangkan jurang pendapatan antara kaum. Keseimbangan yang benar-benar terjalin adalah prasyarat kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Bagaimana dengan kekurangan 17% dari target 30% pada penghujuhng DEB? Inilah tntutan orang melayu sehingga sekarang!

Perdana Menteri menegaskan syarikat milik kerajaan (GLC) bukan syarikat bumiputera, sebaliknya ia adalah syarikat kerajaan dengan semua keuntungan diserahkan kepada kerajaan dan perbendaharaan

Umno telah gagal menjaga kepentingan orang Melayu/Bumiputera

Dukacita dimaklumkan bahawa Umnolah yang musnahkan bangsa Melayu. Umno harus salahkan diri sendiri.

Perlaksanaan DEB, DPN dan hak-hak istimewa diberikan kepada kaum Bumiputera adalah satu langkah yang baik untuk memajukan kaum Bumiputera dalam pelbagai aspek tetapi apa yang menyedihkan buat kaum Bumiputera ialah dasar ini telah disalahgunakan oleh Umno untuk memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni-kroni kenalan rapat Umno. Akhirnya ramai kaum bumiputera yang sangat-sangat mengharapkan bantuan daripada kerajaan meneropong kerana mereka tidak mendapat faedah dari dasar DEB mahupun DPN.

Amat memalukan Umno tanpa segan silu menyalahkan kaum lain yang didakwa ingin mencabar, menguasai dan membolot kekayaan tetapi pada hakikatnya Umno lebih hina lebih teruk kerana secara terang-terangan memunggah kekayaan untuk kepentingan diri sendiri.

Siang-siang lagi orang Melayu sudah menolak Umno dan Umno bermimpi siang agaknya mahu eratkan perpaduan Melayu dan kaum-kaum yang lain.

Perjuangan Umno yang kononnya membela bangsa Melayu hari ini tidak boleh diharapkan lagi, segala keistimewaan Melayu yang kononnya diperjuang pertubuhan politik ini hanya 'indah khabar dari rupa'.

Banyak isu membabitkan kepentingan rakyat yang perlu diperjuangkan tidak terlaksana kerana bertindan dengan kepentingan peribadi melalui projek tertentu atas nama kemajuan dan pembangunan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan BN dipenuhi pemimpin "korup dan tunggul mati" dipilihan raya umum.

Sambil menyatakan BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri, Dr Mahathir menyeru para penyokong BN supaya jangan undi calon-calon yang korup dan tidak cekap kerana "inilah cara kita dapat bersihkan... BN dan Umno".

Beliau juga berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti akan dikekang.

Dr Mahathir pernah menyifatkan Perdana Menteri menggadaikan maruah negara dan, seperti yang dilaporkan NST 2 Mei 2006, negara dijadikannya lembik dan bacul (half-past-six country which has no guts).

WPI untuk Singapura, gugat Islam

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: "Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk membangun WPI?

KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ. "Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI.

Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.

"Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu".

ECER akan sapu tanah rezab Melayu.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan untuk mengambilalih 66,736 km persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan ECER. Pemilik-pemilik tanah rezab Melayu di dalam ECER hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, pemilik menukarkan tanah mereka dengan unit-unit saham dalam sebuah badan yang didakwa "badan amanah". Kedua, menjualkan terus kepada badan yang didakwa "badan amanah itu".(The Edge Daily 24 September 2007)

Umno sudah tidak layak lagi mewakili kaum Melayu.

Siapa yang menjual tanah rezab milik orang Melayu kepada kroni-kroni? Tanah rezab kaum Melayu dijual atas alasan pembangunan. Apakah faedah yang diperolehi oleh pemilik tanah?

Yang mendapat keuntungan ialah penjual dan pembeli sahaja. Tanah dijual dengan harga yang murah dan kemungkinan besar akan dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Akhirnya banyak tanah rezab kaum Melayu tergadai atas kerakusan golongan tertentu mencari kekayaan. Apa yang sebenarnya berlaku, Umnolah yang bolot semua kekayaan untuk kepentingan golongan tertentu sahaja. Mengata orang diri sendiri yang lebih.

Umno sudah tidak layak lagi mewakili kaum Melayu.

Pampasan yang dijadualkan akan diberi berikutan pengambilan tanah tidak setimpal sedangkan jika mengikut penilaian, jumlah tersebut tidak memadai.

Pemilik-milik tanah melahirkan rasa kesal kepada sikap wakil rakyat yang lansung tidak memperdulikan masalah itu beliau menyelar sikap pemimpin Umno lansung tidak dapat mempertahankan hak bangsa Melayu, katanya.

"Inilah sikap wakil rakyat kami di sini.Masa mengundi bukan main lembut lagi, turun padang jumpa kami. Pelbagai janji ditabur, tetapi selepas pilihan raya semuanya hilang, malah hak kami turut tergadai kerana kepentingan peribadi,".

Dr M seru rakyat Kelantan jangan percaya janji BN

Bekas Pengerusi BN itu juga dilaporkan berkata, sekiranya ketewasan Umno adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan Umno sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.

Ketika bekas Presiden Umno itu membuat kenyataan tersebut, Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dengan Dr Mahathir dan duduk sebelah menyebelah.

Bukan itu sahaja, Dr. Mahathir memberi ucapan supaya rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh sendiri!

Sebab itulah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalukan Dr Mahathir yang memberi mesej secara yang menggambarkan rakyat wajar terus memberi sokongan kepada PAS di Kelantan.

Dr M minta siasat PM kerana skandal minyak

Skandal Oil for Food yang menzalimi rakyat Iraq yang dihimpit kemiskinan dan kelaparan disifatkan oleh wartawan Fox News, Fred Barnes sebagai "skandal terbesar dalam sejarah manusia". Dr Mahathir berkata: "Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya tidak tahu perkara tersebut ... hanya selepas saya melepaskan jawatan, laporan tersebut dibuat. "Apa yang penting bukan sama ada beliau merupakan penerima atau tidak, tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri - atau sesiapa yang memegang jawatan dalam kerajaan - tidak wajar terlibat dalam mana-mana transaksi komersil.

Nampaknya, dia turut terlibat. "Sejauh mana dia turut terlibat saya tidak tahu...tetapi saya fikir, sepatutnya suatu siasatan perlu dilakukan oleh badan bebas, bukan oleh mereka yang di bawah Perdana Menteri". Abdullah menulis surat yang menyokong perniagaan kedua-duanya di daalm skandal Oil for Food itu.

Inilah yang sebenarnya menjadi masalah kepada kita. Perpecahan yang mengakibatkan hak orang - orang Melayu terhakis.

Bukankah ini suatu realiti, kenapa harus kita sembunyikan? Sejarah membuktikan perpecahan ini merugikan orang - orang Melayu kerana kita gagal membezakan antara perbezaan idealogi politik dengan keutamaan bangsa. Lebih dahsyat lagi ialah apabila ianya hanya melibatkan kepentingan dan cita-cita beberapa orang tertentu.

Maka perpecahan itu terus merugikan bangsa bilamana kita merujuk kepada bangsa lain untuk tujuan sokongan. Hakikat kegagalan DEB bukan berpaksikan agenda tetapi perlaksanaannya. Namun kegagalan ini kononnya kesalahan polisi dan polisi ini harus diubah.

Pengubahan polisi yang dicanangkan oleh kepimpinan Melayu pembangkang menyerapkan unsur - unsur yang mampu mengikis hak Melayu demi meraih sokongan bangsa lain.

Kesilapan dan pengkhianatan kepimpinan Melayu dalam melaksanakan DEB harus dipandang serius. Kesalahan dan kesilapan ini sengaja atau tidak merugikan Melayu. Kepimpinan yang terlibat dalam membolot keuntungan dari polisi DEB dengan mekamisma rasuah harus ditentang dan dipenjarakan.

Tetapi apa bezanya mereka - mereka ini dengan mereka yang mahukan kuasa politik lantas menjual hak yang ada. Apa beza mereka ini dengan mereka yang memperjuangkan penambahan hak bukan Melayu hanya kerana politik diri?

Akhirnya Melayu terbabit dalam delima baru dan bayangkan setelah mereka - mereka ini berjaya memperjuangkan agenda politik mereka dengan meraih sokongan segelintir Melayu dengan sentimen agama dan raihan simpati khususnya era refomasi kemudian memperoleh sokongan kaum lain dengan penjualan dan menghakis hak, apa akan jadi pada bangsa kita.

Terlampau banyak insiden elitis Melayu membelakangkan Melayu kerana agenda politik dan inilah punca akhirnya Melayu menghadapi delima baru, alaf baru.

Perlu direnung kembali....

BEGINIKAH CARA BN MEMERINTAH? Sekiranya kalah di Kelantan!

Apakah yang terjadi kepada rakyat negeri Terengganu di bawah bekas pemerintahan Barisan Nasional sebelum diambil alih oleh Pas? Kenapa Terengganu boleh jadi negeri yang kedua termiskin sedangkan berbillion-billion wang royalti telah diterima daripada Petronas?

Bukan sahaja ramai rakyat negeri Terengganu yang masih miskin tetapi yang sangat mengecewakan ialah kerajaan BN berhutang RM 700 juta. Kemana wang royalti telah dibelanjakan dan kenapa kerajaan BN boleh berhutang sedangkan duit royalti yang diterima memang sudah cukup untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan?

Bukan sahaja cukup tetapi lebih daripada mencukupi. Sehingga kini diktator tua tidak berani mengulas hal yang memalukan ini. Inilah gara-gara Umno yang kononnya membela bangsa Melayu tetapi hakikatnya bangsa Melayu yang mengalami berbagai kesusahan akibat kerakusan dan pemimpin-pemimpin Umno yang hanya tahu jaga sendiri.

Bagaimana janji Barisan Nasional kepada rakyat FELDA
Janji tinggal janji!

Kita rujuk kembali ditahun 2004...

Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad in his 2004 Budget presentation announced plans to list Felda on the KLSE.

Felda Holdings Sdn Bhd, Malaysia’s largest plantation operator, will be listed on the Main Board of the Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) by end of this year to attract large institutional investors to Malaysia -settlers of the massive land scheme and employees of Felda would hold 75 per cent of the equity in entity to be listed while 25 per cent would be allocated to the investing public.

By Jan 1, 2004 it will be a new Felda that would take us to the world stage. Once listed, it will also be the biggest oil palm estate to be listed in any stock exchange,” he told reporters at a briefing here Saturday on the proposed listing.

Dr Mahathir, who is also Finance Minister, said the listing would enable the tapping of funds from the capital market and Felda would no longer have to depend on the government for its financial requirements. Proceeds from the initial public offering (IPO) would be utilised by the government, the largest beneficiary of the listing, for development purposes.

Felda’s plantation activities currently are carried out through Felda Holdings. The group owns 354,554 hectares of plantation land, and through Felda Holdings, it also mills and refines oil palm fresh fruit bunches (FFB) produced by the estate. Felda also buys FFB produced by the settlers whom in total own 447,246 hectares of plantation land.

Settlers and employees of Felda currently own a 51-percent stake in Felda Holdings through Koperasi Permodalan Felda. Under the listing proposal, settlers of Felda will be specially allocated shares worth an average of RM6,000 each based on the RM1 billion of total allocation of shares. Felda employees will be offered shares under an employee scheme.

Under the proposed IPO exercise, Felda Holdings will acquire all the plantation estates currently owned by the Federal Land Development Authority (Felda) for new shares in Felda Holdings. Felda Holdings will acquire the equity interests in its subsidiary and associated companies directly held by Felda and Koperasi Permodalan Felda (KPF) for new shares in Felda Holdings. The equity interest in Felda Holdings will be transferred to Ministry of Finance Inc.

Following this, the substantial shareholders in Felda Holdings comprising the Ministry of Finance Inc and KPF will then offer Felda Holdings’ shares to both retail and institutional investors.

The Ministry of Finance Inc will also offer some Felda shares to state governments under a programme to be announced later. “We believe that the IPO will give settlers, employees and state governments who had worked very hard to bring Felda to what it is today an opportunity to become shareholders of the newly listed company,”.- Bernama 2004

Kita rujuk kembali ditahun 2006....

However, the IPO plans now appear uncertain, amid growing concerns about the fate of the farmer-settlers and their land after Felda lists, because the government helps settlers to manage their farms through Felda....Paklah

15/11/2006 - UCAPAN PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG KE-57

Jika kita mahu segera merangsang pasaran saham, saya boleh dapatkan persetujuan Jemaah Menteri untuk melakukan penyenaraian PETRONAS dan FELDA.

PETRONAS secara bersendirian, dapat menambah 400 bilion ringgit (Tahun 2006) kepada modal pasaran saham Malaysia dan secara segera (instant), meletakkan kita terus menjadi antara pasaran saham terbesar di Asia; tetapi kita sama sekali tidak harus menggadaikan kepentingan strategik negara dan bangsa semata-mata untuk melihat kejayaan segera. Usaha menarik pelaburan dan usaha merancakkan pasaran saham secara mapan, segera..

Sebaliknya kita akan memberi tumpuan kepada transformasi ekonomi secara lebih bermakna lagi berkekalan berbanding dengan pendirian setengah pihak yang mahu dilakukan pencapaian segera.

Kerajaan masih memberikan subsidi tetapi apabila sampai ke tahap kritikal, kerajaan terpaksa mengambil keputusan mengurangkannya. Keputusan sukar ini dilakukan untuk memastikan bajet pembangunan, iaitu, wang untuk membina sekolah, hospital, jalan raya, bekalan elektrik dan air untuk rakyat jelata, tidak habis digunakan untuk subsidi. Kerajaan perlu memandang ke hadapan, menangani masalah harga minyak dan gas yang sering tidak menentu.

Janji Barisan Nasional Yang Past DiLaksanakan


"After the elections, some of the subsidies may have to go” stresses Dr. Awang (future Kelantan MB if Barisan wins)

Labels: